Semakin hari dunia ini berevolusi, teknologi juga sudah semakin membangun. Setiap hari, ada sahaja teknologi-teknologi baru dihasilkan dan diperkenalkan kepada masyarakat untuk membantu dalam kehidupan kita. Jika dahulu telefon bimbit digunakan hanya untuk telefon, kini kita boleh gunakannya untuk main game dan sebagainya.

Namun kepesatan ini mendorong kepada gaya hidup yang tidak sihat untuk tubuh badan kita terutamanya mata kita. Kita terlalu menghabiskan berjam-jam lamanya untuk melihat skrin komputer, tablet mahupun telefon pintar kita sama ada untuk urusan kerja ataupun untuk hiburan. Akibatnya mata kita menjadi letih, lesu dan tidak bermaya lagi, paling teruk lagi penglihatan menjadi semakin kabur.

Jika anda pengguna tegar komputer dan telefon pintar dan mahukan mata anda kekal sihat, terang dan jelas, 5 tips ini pasti dapat membantu anda :

1.Rehatkan Mata Setiap 40 Minit Bekerja

Dengan hanya menutup mata dalam 1-2 minit, mata akan akan menjadi lebih segar dan rileks. Tarik nafas perlahan-lahan dan bergerak ke tempat lain seketika sama ada ke meja rakan sekerja atau ke tempat lain. Ini dapat mengembalikan semula kesegaran seluruh badan anda.

2.Turunkan kecerahan skrin komputer anda

Walaupun cahaya yang dipancarkan dari skrin komputer dan telefon pintar kelihatan seperti cahaya bewarna putih, hakikatnya ia juga turut mengandungi cahaya bewarna biru yang banyak yang boleh mengganggu kesihatan badan anda terutamanya waktu tidur anda. Ini kerana cahaya biru tersebut menembusi jauh ke dalam mata sehingga boleh menyebabkan kerosakan pada retina mata anda.

3.Gunakan Kaca Mata Khas

Selain kaca mata biasa untuk masalah rabun yang membantu kita melihat lebih terang serta kaca mata hitam yang membantu melindungi mata kita daripada cara matahari, terdapat juga kaca mata khas yang digunakan hanya untuk menghadap skrin komputer. Kaca mata ini dapat menghalang cahaya biru daripada merosakkan bahagian mata anda dan seterusnya memastikan mata anda tidak letih atau kabur selepas bekerja di hadapan skrin berjam lamanya.

4.Besarkan Font Pada Skrin Komputer/Telefon Pintar Anda

Kebanyakan laman web kelihatan menggunakan saiz font yang kecil seperti 8 atau 9 pada komputer atau telefon bimbit anda. Jika anda tidak mahu mengganggu setting komputer, anda boleh besarkan font pada browser internet anda dengan mudah hanya tekal butang “Ctrl” dan “+” pada keyboard anda terutamanya untuk browser Chrome. Dengan menukar saiz font ini, mata anda menjadi lebih rileks apabila membaca penulisan-penulisan laman web.

5.Gunakan Lapisan Anti-Silau

Ini merupakan antara cara yang kita selalu gunakan pada televisyen kita dahulu sebelum adanya komputer. Ia bertujuan untuk menghalang serta mengurangkan kadar silau pada skrin. Selain itu anda juga boleh mengubah kedudukan skrin komputer anda untuk mengelakkan cahaya silau daripada mengganggu mata anda. Untuk telefon pintar pula, anda boleh gunakan screen protector yang banyak dijual di pasaran.

Tidak menjadi satu kesalahan untuk kita bekerja berjam-jam depan laptop kerana ia adalah tanggungjawab kita. Tidak juga menjadi satu kesalahan untuk kita berhibur main game dan sebagainya kerana ianya adalah hobi kita. Yang salahnya jika dilakukan secara berlebihan tanpa henti sehingga mengabaikan kesihatan mata. Anda perlu rehatkan mata anda sekerap mungkin dan lakukan senaman mata walaupun hanya seketika untuk pastikan ia kekal sihat.

Ingatlah bahawa bukan teknologi canggih yang membuatkan anda berpenyakit tapi gaya hidup, aktiviti dan persekitaran andalah yang merupakan punca menyumbang kepada penyakit. Menjaga kesihatan mata merupakan tanggungjawab utama anda walaupun anda sibuk, ini kerana mata yang sakit tidak membuatkan kehidupan anda menjadi lebih baik. Sedarlah sebelum terlambat.

0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *