Ramai bertanya mengapa walaupun mereka sudah memakai cermin mata mahal yang mempunyai kanta yang tebal sekalipun, mata mereka tetap semakin kabur setiap kali membuka cermin mata.

Kita perlu tahu hakikat sebenarnya bahawa cermin mata yang telah kita tempah tersebut hanya membantu mata anda untuk melihat dengan lebih jelas, terang tanpa silau TETAPI ia tidak membantu anda memulihkan tahap kerabunan anda. Inilah salah faham yang terbesar dalam hidup kita.

Sedar atau tidak banyak faktor lain yang turut menyumbang kepada masalah penglihatan anda yang semakin kabur ini sehingga membuat anda tidak dapat melakukan aktiviti harian seperti memandu pada waktu malam. Berikut merupakan antara 5 sebab utama mengapa mata anda semakin kabur..

1.Mata Anda Semakin Rabun

Myopia, hyperopia serta astigmatisme merupakan masalah pembiasan yang menyebabkan penglihatan anda menjadi kabur. Ianya berlaku apabila lengkungan mata anda menghalang cahaya daripada terus memancar ke retina mata anda. Masalah ini boleh di atasi dengan menempah kaca mata yang preskripsi yang sesuai dengan masalah mata anda di kedai-kedai cermin mata.

2.Penyakit Diabetes

Diabetes juga mempunyai risiko mendatangkan penyakit mata yang dinamakan sebagai “diabetic retinopathy”. Gula dalam darah yang tinggi mampu merosakkan saluran darah kedil pada retina mata anda. Ini boleh menyebabkan bengkak pada bahagian retina yang dipanggil makula iaitu pembuluh darah baru yang tidak diundang yang tumbuh dan berdarah dalam mata kita. Selain kabur, penglihatan anda juga berisiko untuk hilang selamanya akibat masalah diabetes ini.

3.Mata Kering & Keletihan

Antara penyebab utama penglihatan kabur ialah mata yang kering dan lesu terutamanya selepas berjam-jam mengadap skrin komputer serta telefon pintar. Kornea mata anda perlu sentiasa berair agar mata anda mampu melihat dengan jelas. Sel-sel pada bahagian atas kornea anda akan mengelupas jika air pada mata anda tidak mencukupi serta tidak berkualiti. Sentiasa rehatkan mata dengan kerap selama beberapa minit selepas anda melihat skrin.

4.Penyakit Katarak Mata

Katarak merupakan antara masalah mata yang berlaku apabila usia kita semakin tua. Hampir setengah dari kita mempunyai masalah katarak ini pada usia 70 tahun ke atas. Ini berlaku apabila kanta mata menjadi kabur dan menghalang cahaya daripada sampai terus ke retina mata. Penyakit ini tidak menyebabkan kesakitan dan ia membiak dalam senyap cuma tiba-tiba sahaja kita tidak dapat melihat dnegan jelas. Biasanya pembedahan diperlukan untuk mengubatinya.

5.Migrain

Ramai beranggapan bahawa migrain ini hanyalah sakit kepala yang dasyat. Sebenarnya banyak gejala lain yang datang akibat daripada migrain ini termasuk penglihatan semakin kabur dan mata anda menjadi terlalu sensitif terhadap cahaya. Gejala ini akan berlaku sebelum anda migrain sehinggalah ianya pulih sepenuhnya. Antara risiko yang lebih teruk kepada penglihatan anda yang berlaku ketika migrain ialah kehilangan penglihatan seketika, melihat kilauan cahaya serta melihat garis yang bergelombang.

Anda boleh elakkan masalah mata semakin kabur ini dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat dan pemakanan yang seimbang. Anda juga perlu selalu melakukan senaman mata untuk memastikan mata anda sentiasa sihat dan segar. Amalkan juga supplemen tambahan seperti produk AINS yang membantu merawat mata dari dalam dan keraplah membuat ujian mata.

Mata kita ini merupakan organ yang sangat penting untuk kita kerana hampir 99% daripada aktiviti harian kita menggunakan mata. Jadi ubahlah gaya hidup anda menjadi lebih sihat, anda pasti dapat mengubah kesihatan mata anda dan memastikannya kekal sihat.

3 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *