Setiap hari mata kita terdedah kepada cahaya terik matahari pada waktu siang secara terus yang boleh membuatkan mata kita tidak sihat. Akibatnya penglihatan kita akan mulai kabur, kepala kita akan mudah pening akibat silau yang tinggi. Ini menyukarkan kita untuk memandu kereta dan melakukan sebarang aktiviti pada waktu siang.

Untuk elakkan masalah kepada mata, kita boleh memakai kacamata hitam untuk melindungi mata kita daripada silau cahaya matahari agar mata kita kekal sihat serta dapat melihat dengan terang dan jelas walaupun matahari betul-betul memancar ke mata kita. Namun hakikatnya bukan semua kacamata hitam itu betul-betul berguna dan berkualiti kerana kebanyakannya hanya nampak bergaya semata.

Berikut antara 5 tips yang anda perlu perhatikan untuk memilih kacamata hitam yang benar-benar membantu mata anda:

1.Pastikan 100% Perlindungan UV

Perkara paling UTAMA yang perlu diberikan perhatian ketika mencari cermin mata hitam yang sesuai ialah mencari cermin mata hitam yang mempunyai 100% perlindungan UV sepenuhnya. Ini dapat melindungi mata dari sebarang penyakit mata akibat terdedah kepada cahaya matahari. Jika boleh, cari juga yang anti-silau untuk mudahkan anda memandu dan melakukan aktiviti ketika panas terik.

2.Cari Yang Besar

Makin banyak kawasan yang dilindungi oleh cermin mata hitam, semakin kurang masalah pada mata kita akibat daripada panas matahari. Cuba pertimbangkan untuk membeli cermin mata hitam yang berbingkai besar kerana ia dapat membantu mengurangkan cahaya UV daripada memasuki mata anda melalui sisi.

3.Pastikan Ianya Selesa

Cermin mata hitam yang kita beli bukanlah sekadar nampak bergaya semata, ianya perlu berfungsi untuk melindungi mata. Pastikan cermin mata hitam ini sangat selesai dipakai mengikut bentuk muka anda agar anda boleh gunakannya dalam masa yang lama dan tidak perlu selalu bertukar-tukar cermin mata hitam baru.

4.Cari Yang Berkualiti Tinggi

Cermin mata hitam yang berkualiti tinggi tidak semestinya mahal dan yang mahal juga tidak semestinya berkauliti tinggi. Pastikan cermin mata hitam yang anda pilih tersebut bukan sekadar berfungsi melindungi mata nada, ia juga tahan lasak dan tidak mudah patah serta pudar warnanya.

5.Cuba Dahulu Sebelum Membeli

Kami cadangkan anda mencuba sendiri dahulu cermin mata hitam yang anda mahukan agar pilihan anda bukan sahaja tepat, ia juga selesa dipakai. Jika anda tidak dapat melihat dengan jelas selepas memakai cermin mata hitam tersebut, ini bermakna kanta cermin mata hitam tersebut tidak sesuai untuk anda. Periksa sebelum beli agar anda tidak menyesal di kemudian hari.

Mahal atau murah sesuatu kacamata hitam itu bukanlah satu masalah, yang penting sekali kualitinya serta mampu membantu melindungi mata anda daripada sinaran cahaya matahari. Inilah tujuan utama mengapa kita memakai kacamata hitam. Agak sia-sia sahaja jika kita memakai kacamata hitam yang nampak bergaya JIKA tidak mampu melindungi mata daripada silau mentari.

Mata sangat penting untuk kita dalam apa juga aktiviti yang kita lakukan. Ianya perlulah dijaga dan sentiasa memastikannya kekal sihat. Jika kita tidak memakai kacamata hitam yang sesuai, mata kita semakin silau sehingga menyebabkan kita sukar untuk memandu pada waktu malam dan melihat di dalam gelap. Jadi pastikan anda membeli kacamata hitam yang sesuai, berfungsi dan selamat untuk mata anda.

0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *